Saturday, March 17, 2012

Crape myrtle








Lagerstroemia



Pokok ni dikenali sebagai Crape myrtle or Crepe myrtle atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Lagerstroemia. Keluarga pokok ni terdiri dari 50 species. Di Malaysia pokok ni dikenali sebagai Korean Pink Blossom Cherry. Walhal pokok ini bukan lah berasal dari Korea. Tetapi pokok ni dikatakan berasal dari Australia. Pokok yang sentiasa hjau sepanjang tahun ni amat sesuai dengan cuaca di negara kita. Selain pokok yang menarik, ia juga mengeluarkan bunga yang pelbagai antaranya bewarna merah, pink, putih dan ungu. Di Malaysia, pokok ini amat jarang sekali dijadikan bonsai. Penggemar ataupun pengiat hobi menanam pokok di Malaysia lebih gemar menjadikan pokok ini sebagai tumbuhan hiasan. Mencapai ketinggian hampir 3 meter, pokok ini dijadikan pilihan bagi negara barat terutamanya di Amerika Syarikat kerana bunganya. Pokok koleksi saya ni mengeluarkan bunga bewarna pink. Bla sekali berbunga jek,...sekali tgk pokok ni sebijik macam kat negara jepun or korea. mgkin sebab tu lah di Malaysia dikenali sebagai Korean Pink Blossom Cerry. Apa yang menariknya koleksi pokok saya ni adalah terletak pada akarnya. Akar yangbbersilang bagaikan kaki seorang wanita seksi yang sedang berjemur di tepi pantai.. hehehe.. Daun dan dahan lak dibentuk dengan teknik Windswept (Tiupan Angin)...

No comments:

Post a Comment