Teknik Shakan ataupun dikenali sebagai Slanting dalam bahasa inggeris adalah satu teknik yang mudah dipraktikkan pada tumbuhan untuk dibonsaikan. Dalam bahasa melayu dikenali sebagai miring...bukan mereng yerrrr...
Kali ini saya mengunakan pohon Bebuas atau "Premna" dalam menghasilkan teknik bonsai yang dikenali sebagai Shakkan ini.
Antara peralatan yang telah saya gunakan hanyalah Playar Pemotong Dawai, Batu jenis Lava, Dawai mudah lentur Besar dan Kecil serta pohon Bebuas (Premna).
Bersihkan pohon Bebuas dengan membuang ranting dan dahan yang tidak diperlukan. Potong bahagian akar yang panjang. Basahkan batu Lava spya selepas pohon Bebuas itu dimasukkan kedalam batu itu td tidak mengalami luka pada bahagian pangkal dan akar. Masukkan tanah kedalam Batu itu td. Kemudian kepalkan sedikit tanah pada bahagian akar pohon itu dan masukkan kedalam batu Lava itu. Ikatkan pangkal pohon itu dengan batu itu td dgn mggunakan dawai mudah lentur bersaiz besar. Setelah hampir selesai, kemaskan ranting dan dahan dengan melenturkan perlahan2 agar tidak memudaratkan tumbuhan itu. Setelah selesai, padatkan tanah pada permukaan batu yang menghubung pangkal pohon itu supaya lebih kejap.
Siram perlahan2 pada bahagian pling bawah sebelah dalam batu itu. Berhati2 setiap kali menyiram kerana pergerakan air yang kasar akan menyebabkan tanah itu tidak stabil, sekali gus merencatkan tumbesaran pohon Bebuas itu. Hehehe, mudah bukan....
Selain pohon bebuas, pohon Ara ataupun Beringin juga mudah dibesarkan diatas batu maupun kayu.
Selamat Mencuba!!!!